Tuesday, April 30, 2013

Doa Seorang Isteri Untuk Suami Tercinta ...


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjurank
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….


Thursday, April 25, 2013

Kerana Hidup Mengajar Kita ....

Seorang muslim selalu ada cara sendiri untuk merawat hatinya
Meski berlawanan dengan apa yang di terima di dalam kehidupannya
Terkadang saat mendapat musibah, air matanya menitis
Tapi, hatinya selalu yakin bahawa apa yang diberikan Allah kepadanya pasti yang terbaik
 Diri mungkin lelah, fikirannya mungkin penat
Tapi, tidak dengan hatinya..

Ia yakin ketika ia di uji itu sebagai tanda bahwa Allah mencintainya.
Ia yakin ada sesuatu indah yang telah Allah persiapkan untuknya
Ia yakin setelah kesulitan akan selalu ada kemudahan
Ia yakin ada banyak hikmah yang ada disebaliknya
Ia yakin Allah lebih tahu yang terbaik untuknya
Ia yakin jika ia bersabar pasti akan berakhir indah

Kerana jalan hidup tidak selamanya mudah
Perlu ada batu kerikil, supaya kita berhati-hati
Perlu ada semak berduri supaya kita waspada
Perlu  ada persimpangan supaya kita bijaksana dalam memilih
Perlu ada petunjuk jalan supaya kita punya harapan tentang arah masa depan
Perlu ada masalah supaya kita tahu, kita punya kekuatan

Hidup, memerlukanpengorbanan supaya kita tahu cara bekerja keras
Perlukan air mata supaya tahu merendahkan hati
Perlukan hinaan supaya kita tahu bagaimana cara menghargai

Perlukan gelak tawa supaya kita tahu mengucap syukur
Perlukan senyuman supaya kita tahu kita punya cinta
Perlukan orang lain supaya kita tahu bahawa kita tidak pernah sendiri

Itulah kehidupan
Mengajar kita untuk bersabar ketika ujian menyapa
Mengajar kita untuk ikhlas ketika ada yang hilang dari hidup kita
Mengajar kita untuk bersyukur atas semua nikmat yang diberikan-Nya
Mengajar kita untuk senantiasa tawakal terhadap segala ketentuan-Nya
Mengajar kita untuk tetap tersenyum, kerana kita yakin ini adalah yang terbaik dari-Nya



OLEH ITU, SABARLAH, IKHLASLAH, REDHALAH DAN SENYUMLAH WALAU HATI MERINTIH SEDIH.
 

Designed By Blogs Gone Wild!