Thursday, November 25, 2010

Minggu Tension!!!

This pic explains a thousand word what my world is all about this week...Arrrghhhh!!!

Friday, November 12, 2010

Nubhan - Oh Juwita @ Muzik Muzik 2010





Thursday, November 11, 2010

Support Our Book Project


Dear friends,

Should you have any contacts or you yourself want to contribute in order to make this project a reality, please go to this blog www.vernonkedit.com.

No matter you are Malay, Chinese, Indian or you are from Semenanjung, Sabah or Sarawak, support this non-profit project bcoz this is Malaysian Heritage.

Nota ibu jari kaki :

Aku dah approach few pihak and individuals and yang membuatkan aku sakit ati bila aku terangkan pasal this project, asyik tanya "baper percent yer" which I can understand, diorang tanya baper percent komisyen untuk diorang..aduiiiihhh...yang lebih daring "kami tak berapa berminat dengan project macam nih, sebab takde kene mengena dengan aktivity company kami" ooo..time aku mintak sponsor untuk hal-hal entertainment ada kene mengena la plak ngan company korang...pelik aku ngan mentality certain individu yang diaktakan ahli korporat...

Tijah

Tijah? Sape Tijah nie? Majestret? Lawyer. Ekceli aku terjumpa lawak sengal pasal Tijah and wanna share it with u..Happy reading.

Adehh...lawakkan...bahana direct translation kekdahnya...orang lain buat takpe budak SS ITM Dungun kalau buat cenggini memang kena parang ngan En. Baharom..

Until next time. Toodleloo...

Wednesday, November 10, 2010

Hatrick!!

Performance Nubhan pada malam Separuh Akhir Muzik-Muzik 2010
(Credit to Arif Ramlan the Paparazzi)

Ni gambar sebelum perform la kot (Credit to Arif Ramlan the Paparazzi)

Apa citer plak kali nie? Kali ni citer pendek jer pasal Nubhan dan Separuh Akhir Muzik-Muzik. Tahun 2010 nih Nubhan mempertaruhkan OH! JUWITA pada saingan separuh akhir nih and seperti yang aku dah duga lagu nih gagal ke JUARA LAGU.

Aku tumpang bangga sebab dia dah cuba yang terbaik (err walaupun persembahan dia malam tu tak mencapai stended piawaian aku sebagai peminat fanatik...heheheh) sebab aku tahu bukan sebab performance dia tak berjaya tapi sebab lagu-lagu semua dah prejudge, persembahan malam tu adalah markah tempelan. Kalau ikut persembahan, Hujan tak layak sebab performance tahap2 funfair jek. Faizal Tahir, separuh HANYUT dengan lagu HANYUT dia tu, seksa aku nengokkan dia (walaupun aku peminat FT, hokkay..kalau tak elok sah2 kene kritik). Lagipun TV3 jahhhh, sah2 kejar ranking jugak...FT sah2 tiga2 lagu lepas ke JUARA LAGU nanti. Cuba habaq mai stesen TV mana yang tak kejar rating. Every year mesti ada isu..adehhh.

Well, apapun this is the 3rd time Nubhan berjaya sampai ke peringkat separuh akhir and gagal untuk ketiga-tiga kalinya. First year 2008, lagu ADA UNTUKMU...performance mantap gilerrr tapi sebab pertandingan untuk carik lagu dan pencipta lagu..dia gagal..may be juri rasa lagu tu tak cukup kuat.

2nd year, 2009, berjaya sekali lagi dengan SEADANYA AKU..thanks to all Nubies la kan. Gagal lagi walaupun kali nie, Nubies dah confident giler Nubhan akan masuk JUARA LAGU. Ada kisah disebalik kegagalan nih..tapi biar la aku simpan bersama orang2yang tahu saja. Kecewa la jugak, sebab lagu ni kuat.

3rd year, 2010..Nubhan mencipta hatrick untuk separuh akhir Muzik-muzik sebab berjaya 3 tahun berturut-turut, bangga jugak aku. Kao adoo!!! hahahahah.

Takpe lah, maybe rezeki dia belom sampai. Bak kata P. Ramlee, "walau berbakat bagaimana sekalipun insan seni itu, tetapi kalau nasib tidak menyebelahi dia, tak boleh buat apa2 jugak". So, may luck be with him next time. Aku harapkan semua kegagalan ini menjadi pengalaman yang bermakna untuk Nubhan dalam meneruskan bakat seni dia tu. Sooner or later, apa yang dihajatkan pasti akan tercapai kalau disulami dengan usaha yanag tak mengenal jemu. Inshaallah. Dia beruntung kerana sehingga kini dia masih kekal dan kukuh di persana seni tanahair sedangkan ramai di antara rakan2 seperjuangannya dah jadik stok sejuk beku.

Akhir kata, apa pun terjadi, Nubies sentiasa menjadi tulang belakang NUBHAN. Remember Nubh 'TWO STEPS BEHIND".

Tomok

:))) we meet again. Bukannya apa, time2 "free" cenggini walaupun kerja melambak-lambak atas meja ada jugak masa aku nak meroyan kat sini yer. Bukan aku tak nak siapkan kerja2 tu semua tapi disebabkan boss takde ke Jakarta, so apadahal kalau aku ambik a day off dari semua kerja-kerja aku tu kan. Esok mencanak2 la aku mengadap semua kerja tu sebab hari jumaat boss dah balik...heheheh...

Well, kali ni aku nak bercerita pasal album TOMOK yang baru aku beli dalam 2 minggu lepas. Siap ada autograph TOMOK lagik. Itupun sebab NORAJOEY yang uruskan...pecah rekod aku beli album retis melayu selain dari Zamani Slam dan Anuar Zain (err..Nubhan tu termasuk dalam pakej baru la kot). Aku pun baru nak berjinak2 (jinak ker) dengan lagu2 TOMOK sebab asalnya memang aku tak minat TOMOK waima masa dengan dia dengan NEWBOYS dulu lagi..yelah masa glemer dengan lagu SEJARAH MUNGKIN BERULANG tuuu....Ingat??? Tapi orang kata tak kenal maka tak chenta, so lama2 tersuka plak kat retis yang sorang nih...

So kali ni aku nak kasik review sket la berkenaan album TOMOK nih. Ni pandangan aku sebagai pendengar yang buta seni je la sebab aku memang tak tahu apa2 pon pasal seni nih...Review after almost over 2 weeks telinga aku dengar :-

Ni cover album, tajuk TOMOK
bukan photoshop ke teknik duplication ke, memang aku beli 2, 1 untuk dalam kete and satu lagi opcoz kat ofis, so takde la aku kehulu kehilir ngan cd retis nih...

Aku suka beno ngan gambo nih, seksi jugak mamat nih rupanya, cam ada different side of him yang fans dia kene explore...

So let's begin...

TRACK 1 : BERLARI - Noting much to say about this song coz lagu ni dah lama glamer way before this album release and lagu nih jugak dah berjaya masuk ke semi final muzik-muzik 25 yang yang akan berlangsung pada 15 November nanti. Good luck la yer.

TRACK 2 : BAGAIKAN BIDADARI - Good song bagi aku, composed by Aubrey Suwito n surprisingly lyric by TOMOK himself. Tak sangka lak mamat nih berbakat tulis lirik. Very puitis, sesuai la untuk ditujukan oleh para suami oleh isteri..hahahahah!!! Honestly, this lagu is very soothing kat telinga aku.

TRACK 3 : KISAH KITA - One of my favourite. Satu lagu yang dijangkakan ballad, slow rock whatever..but bila sampai 2nd verse aku terkejut lagu nie memang fast song...I loiikee x 10000 kali. hahahahah!!! Lagu nih boleh pegi jauh...bukan sebab aku suka giler lagu ni tapi arrangement muzik dia. Yang penting lagu nie fully composed and lyric oleh AFIEZ....yes! AFIEZ...wah retisku yang satu nih tulis lagu, lagu best plak tu...Congrates bro!! Keep it up!! Kelab Penyokong Afiez, AFIEZ FC bangga!! heheheheh!!!

TRACK 4 : MERENTAS MASA - Ntah ler, tak reti aku nak kata apa pasal lagu nih..lirik superb, puitis giler sampai aku rasa bila tgk lirik aku baca buku puisi. Walau bagaimanapun, lagu nih bukanlah choice of songs untuk dengar tiap2 hari..sebab aku rasa lagu nih cepat bosan..sorry...untuk yang jiwang2 boleh la kot...

TRACK 5 : HUJAN PAGI - Biasa-biasa jek lagu nih..lebih pada memenuhkan album first TOMOK nih. Lagu nih tak "pop out" dari lagu2 lain..tak catcy but maybe certain fans akan suka lagu nih kot. For me, lagu nih forgettable. Sorry again.

TRACK 6 : SEMARAK - Once again surprisingly, TOMOK can composed. Not bad la lagu nih...start slow then slowly build up. Lirik again untuk orang2 berchenta...jiwang ler beb!! I'm not that into jiwang songs, but telinga aku leh terima lagi..

TRACK 7 : ARJUNA - Lagu nih pun dah biasa dengar sebab jadik soundtrack untuk drama bersiri ARJUNA kat TV3 tu..Aku pernah bagitau Norajoey yang aku tak masuk nak masuk dengan lagu nih..aku tak tak tahu la kenapa. Maybe lagu nih aku rasa contradict dari cerita ARJUNA tu..citer pendekar2 bagai tapi lagu rancak giler..sebab tu la kot..heheheh...tapi sekarang aku dah boleh terima lagu nih...not bad...kene dengar banyak2 kali baru aku leh terima. Best jugak rupanya lagu nih...heheheheh!!!

TRACK 8 : HATI HANYALAH CAWAN - Lagu best, lirik best tapi aku rasa penyampaian TOMOK untuk lagu nih (in certain parts jek la) a bit weak, longgar...goyang sket..apa-apapun lagu nih best.

TRACK 9 : PUKAU - One word je SUPERB! MARVELLEOUS! YEEHAAA!! err...oooo..bukan satu...Lagu nih memang best giler catchy..sampai aku terpukau jugak..Lagu nih kene promote lebih sket by TOMOK's side coz lagu nih leh meletopp kebabooo!!! Lirik simple but melekat!! Good job Audi n Shazee. Officially my favourite.

TRACK 10 : CINTAKU DI INDONESIA - Sedap dengar, very easy to the ears. Maybe lagu nih TOMOK tujukan untuk fans dia kat Indon sana kot..heheheh..overall ok lagu nih..nak kata best sgt tak nak kata teruk tak..average bagi aku...

TRACK 11 : DEMI KAMU - Lagu nie once again composed by TOMOK n this time hand in hand dengan Aubrey Suwito. Lyric by Amelia, from OITM jugak sama batch ngan TOMOK. Dari semua2 lagu dalam album nie, this is my favourite. First time aku dengar terus melekat kat lagu nih. Ada kelainan dari lagu2 yang ada or memang aku suka lagu nih. DEMI KAMU mengingatkan aku pada SHIELA ON 7. Lirik simple n everything about this song amazed me.

TRACK 12 : RINDU TERHENTI - Tak perlu aku komen lelebih kot pasal lagu nih..Seantero fans TOMOK dah hafal lagu nih. Dah berjaya masuk Juara Lagu pon tahun lepas walaupun tak menang. Well, achiement this song dah set the bench mark for other songs, I guess.

Poster kecik di sisipan tengah album TOMOK

There you go, my review yang tak seberapa untuk album TOMOK..bagi aku orang yang baru-baru nak belajar minat lagu-lagu TOMOK. :))

Lepas nih aku review retis kesayangan (kesyangan ker?? hahaha) aku plak...dah beli album nearly 2 weeks kot tapi start hari senin aritu aku baru start dengar. Retis mana? alah yang itu la....:))))

Jumpa lagi...have a nice day...

Tuesday, November 9, 2010

Adam Lambert Glam Nation Tour in Kuala Lumpur 2010

Dearest,

Lots of story to jot down but one at a time la kan..nanti aku rajin aku update story.

This time aku nak story pasal Konsert Adam Lambert yang aku pegi bulan lepas. YES bulan lepas...giler dah lama kan...bz daa canner nak update blog..tu tak campur bende2 lain lagik...

Well, I'm a big fan of Adam Lambert since American Idol dulu..dalam ramai2 tu dia sorang jek yang boleh buat aku tak berganjak dari depan TV...Kris Allen so tak layak menang...Adam kalah tu gara2 pengakuan terbuka dia adalah seorang mahkluk yang GAY!! Bagi aku tak kisah la kan dia nak straight ker gay ker sebab aku suka bakat dia..orang dia pon aku suka..cara hidup dia tu jgn le ikut...Hilang akal ke hapa!!!

The best part was, aku terpaksa pegi beli tiket last minit sebab tiket yang dah aku beli sebulan sebelum tu aku jual. Ngapa aku jual? Sebab masa tu aku terpaksa outstastion. Pasrah jek la aku serah tiket Standing Pitt Zone kat member aku. Depan pentas tuuuuu....

Nak di jadikan cerita, 2 minggu before the consert aku kene admitted ke Prince Court Medical Centre, sebab apa? Sebab belakang aku sakit. Aku pegi sebenarnya just untuk buat check-up sebab sakit tu la kan..alih2 terpaksa plak admitted sebab disc yang baru tukar just months before sikit lari daa..sebab tu la sakit...so, stop la citer pasal sakit. Seminggu lepas kuar spital, angan2 aku untuk tgk konsert kembali membara. Dengan kerja-kerja outstation dah diserahkan kepada orang lain n aku dapat bekerja dari rumah so aku rasa takde masalah la untuk ke konsert tu. Masalah yang sepatutnya jadik masalah dah tak jadik masalah sebab on the date itself Encik Larmyzee terpaksa outstation ke Penang. yeehaaaa!!!! Derhaka tul ngan suami..adehhh!!!

Aku gigih kuar pagi pergi Mid Valley carik tiket..naik bas, naik komuter and naik LRT..sebab aku tahu jalan mesti jem petang tu untuk ke Bukit Jalil. Some more, aku tak berapa nak tahu jalan, camana nak gi Bukit Jalil..heheheheheh!!! Walaupun aku ke konsert tu seorang diri kekdahnya..ada aku kesahhh!!!

Tiket aku yang tak berapa nak mahal, tapi puas hati la....

Kat booth DiGi..tempat peminat2 ambik gambo..ala2 red kapet gitu...

Depan pintu masuk stadium, lebih kurang kul 6.30 petang, dah berduyun2 fans Adam berkumpul termasuklah pak cik2 berkopiah bervest hijau, bersedia untuk berdemo bagai...


Fans yang menggila dengan bola2 Digi sementara menunggu Adam keluar, lama giler gap dari last performance dari Daniel MI..agak terhibur ngan gelagat fans semua, takde la terbakar sangat tunggu Adam perform


Light dah dim, teruja giler aku tapi rupanya propa jek...lebih kurang setengah jam gak tunggu sementara
Si Hakak Adam tu kuar, masa nie aku dah agak hangen la...



Adam keluar diiringi oleh jerit pekik oleh semua fans n opcos aku la...aku tak berapa all out sangat sebab belakang aku sakit...hehheh!! tapi enjoy dowhh!!

Tak payah la aku citer detail apa yang jadik dalam tu, sebab nanti 1 hari satu malam pon tak habis. Overall memang SUPERB giler. Suara dia mmg takde flaw langsung..PERFECT. Moment yang paling best bagi aku adalah bila Adam nyanyi laku SOAKED yang membuatkan aku terus terpaku kat seat dan lagu WHATAYA WANT FROM ME yang membuatkan aku terus bangun dari seat and join the crowd..1 1/2 jam rasa mcm kejap jer. Susah untuk aku gambarkan keadaan tu, sebab korang kene ada kat situ untuk merasainya. takpun korang rajin2 la pegi kat blog Joe Klubbkid sebab review dia untuk konsert itu adalah yang terbaekkk...cayalah Joe...

Aku balik umah dengan senyuman disepanjang perjalanan. dari naik LRT ke masjid Jamek then tukar naik Putra ke KL Sentral then naik cab hingga ke Damansara Damai...heheheheh!!! suka..suka..suka...

So, aku harap lain kali Adam Lambert akan datang lagi and kali nie aku pasti akan berada kat depan stage....:))

Wednesday, November 3, 2010

Update...NOT!!!

It has been a while since the last I wrote something. Well, things happened and there're lots of stories that I am eager to share with you guys. Happy stories, sad stories, exciting stories and of course stories that I hoped never occurred.

Well, the update actually not now later2 la ekk...need to finish up other things first....

See 'ya!!

 

Designed By Blogs Gone Wild!