Aku tumpang bangga sebab dia dah cuba yang terbaik (err walaupun persembahan dia malam tu tak mencapai stended piawaian aku sebagai peminat fanatik...heheheh) sebab aku tahu bukan sebab performance dia tak berjaya tapi sebab lagu-lagu semua dah prejudge, persembahan malam tu adalah markah tempelan. Kalau ikut persembahan, Hujan tak layak sebab performance tahap2 funfair jek. Faizal Tahir, separuh HANYUT dengan lagu HANYUT dia tu, seksa aku nengokkan dia (walaupun aku peminat FT, hokkay..kalau tak elok sah2 kene kritik). Lagipun TV3 jahhhh, sah2 kejar ranking jugak...FT sah2 tiga2 lagu lepas ke JUARA LAGU nanti. Cuba habaq mai stesen TV mana yang tak kejar rating. Every year mesti ada isu..adehhh.
Well, apapun this is the 3rd time Nubhan berjaya sampai ke peringkat separuh akhir and gagal untuk ketiga-tiga kalinya. First year 2008, lagu ADA UNTUKMU...performance mantap gilerrr tapi sebab pertandingan untuk carik lagu dan pencipta lagu..dia gagal..may be juri rasa lagu tu tak cukup kuat.
2nd year, 2009, berjaya sekali lagi dengan SEADANYA AKU..thanks to all Nubies la kan. Gagal lagi walaupun kali nie, Nubies dah confident giler Nubhan akan masuk JUARA LAGU. Ada kisah disebalik kegagalan nih..tapi biar la aku simpan bersama orang2yang tahu saja. Kecewa la jugak, sebab lagu ni kuat.
3rd year, 2010..Nubhan mencipta hatrick untuk separuh akhir Muzik-muzik sebab berjaya 3 tahun berturut-turut, bangga jugak aku. Kao adoo!!! hahahahah.
Takpe lah, maybe rezeki dia belom sampai. Bak kata P. Ramlee, "walau berbakat bagaimana sekalipun insan seni itu, tetapi kalau nasib tidak menyebelahi dia, tak boleh buat apa2 jugak". So, may luck be with him next time. Aku harapkan semua kegagalan ini menjadi pengalaman yang bermakna untuk Nubhan dalam meneruskan bakat seni dia tu. Sooner or later, apa yang dihajatkan pasti akan tercapai kalau disulami dengan usaha yanag tak mengenal jemu. Inshaallah. Dia beruntung kerana sehingga kini dia masih kekal dan kukuh di persana seni tanahair sedangkan ramai di antara rakan2 seperjuangannya dah jadik stok sejuk beku.
Akhir kata, apa pun terjadi, Nubies sentiasa menjadi tulang belakang NUBHAN. Remember Nubh 'TWO STEPS BEHIND".
No comments:
Post a Comment