Thursday, January 31, 2013

Aku Redha



Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."
 
Allah mendengar keluhku yang sekian lama menjadi tanda tanya
Sebagai seorang manusia biasa aku sering kali lupa dan alpa
Apatah lagi kadang-kadang tersasar jua dalam mempersoalkan tentang takdirku
takdir yang tidak dapat diterima
Seakan berbicara hatiku
" Kenapa aku tidak dapat seperti yang aku ingini?"
" Apa salahku? Sehingga Allah mengujiku sehingga begini?"
"Kenapa Allah tak makbulkan doaku untuk sentiasa bahagia dengan kehidupanku?"
Akhirnya terjawab sudah teka-teki hati
Alhamdulillah...
Mungkin inilah balasan untuk dosa-dosaku yang lalu
Mungkin kerana telah lama aku tidak berdoa kepadanya
Mungkin Allah ingin mengujiku kerana selama ini terlalu selesa dengan nikmatNya
Aku bersyukur, aku redha
Hikmah yang begitu bermakna dan semoga berkesan dalam merawat jiwaku yang lara
InsyaAllah.....Allah merancang sesuatu yang lebih untuk diriku...

Ya Allah, Aku Redha dengan takdirMu

No comments:

 

Designed By Blogs Gone Wild!