Tuesday, October 12, 2010

Stranded..


Honestly, I hate being locked up n stranded in the same place for a long time. This is my 5th day and hope today I'll be discharged from this hell on earth...

Thanks for all your wishes and encouragement...thanks for not asking me where I am, you guys know how I feel about all these things kan..

Hoping all the pain gone with all the jabs i've taken so bravely, katanya, walaupun, hehehhh!!

Wish me luck and things back to as it is.

Friday, September 24, 2010

UPSR

Debaran dah berakhir untuk anak aku dan semestinya untuk aku jugak. Walaupun hanya 3 hari exam UPSR tu berlangsung tapi tetap mengundang cuak, almaklumlah anak aku bukannya tergolong dalam golongan student yang brilliant, cam aku la jugak....

Aku ambik cuti tahun selama 3 hari semata-mata nak jadik cikgu tuisyen bidan terjun anak aku, walaupun dibantahkeras oleh boss aku sebab baru lepas cuti raya katanya. So?? Cuti tahun aku melambak-lambak, buat apa simpan. kalau simpan pon bukan company nak bayar pon balance cuti tuu...hek eleh..keceoihh laa...Akhirnya dalam bagi tak bagi boss aku bagi la jugak....

Aku tak mengharapkan EG dapat score straight A's sebab aku dulu pun bukannya straight A's student. Aku dulu pun just dapat 3A 1B dan 1C. At least ada A la kan. Dulu bukan UPSR, masa aku dulu exam ni dipanggil Korikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Aku first batch ler masa tu tahun 1988..heheheheh..dapat agak la kan umur aku brapa skang..kertu gitewwwww....

Soalan2 exam UPSR nih pulak boleh tahan la senang, tapi jawapan giler confusing lebih2 lagi subject Bahasa Malaysia objektif...dan2 la aku semak and sah2 EG dapat B. Bahasa Malaysia Karangan inshaalah la kot. English objektif kalau ikut score nyer leh dapat A, tapi bergantung kepada karangan dia jugak la..EG kata ada sikit susah jugak ler. Sains leh score A and for Math entah la...sama ngan aku la kot sebab EG pon tak suka nombor tapi sports mmg cemerlang...ngapa la tak ikut perangai daddy dia yang suka nombor2 nih. Bergantung kepada soklan subjektif la..math objektif sah2 B. Apa2 pun aku berdoa agar EG lulus, itu yang lebih penting.

Tahun nie ada ujian Aptitute.. hape ke jadah la pulak aptitute tu..alah ujian yang ala2 IQ test tu..tapi takde ler result tu masuk dalam list exam tu ha...just mengetest kecerdasan minda student la kot. Cuma exam UPSR aku tak berapa nak puas hati sebabjadual exam tu sendiri.

First day : BM 1, BM 2 dan Math 1

2nd day : Math 2

3rd day : Sains, BI 1, BI 2 dan Ujian Aptitute

My concerned was why not math 1 tu digabungkan sekali dengan Math 2 tu? Kenapa la nak dibebankan kepala otak bebudak tu dengan 4 paper sekaligus on the 3rd day?? And if math 1 and math 2 dibuat dalam 1 hari, at least bebudak tu still fresh dengan soklan-soklan subjektif before diorang buat soklan2 objektif...aku tak tahu la mekanisma apa yang diorang guna oleh orang-orang bijak pandai dalam Kementerian Pelajaran masa buat jadual peperiksaan nih. Ntah la....

Apa-apa pun...semoga anak kesayangan aku lulus walaupun bukan dengan flying colours...

Friday, August 13, 2010

Hijrah

Dearest,

Mungkin kebanyakan kawan dah pun tahu yang aku kini berhijrah penampilan kepada bertudung. Niat aku dah terlalu lama tapi as u guys know la and most probably korang pon pernah mengalami, untuk buat sesuatu yang baik tu sentiasa hati jadik berat walaupun nawaitu is there, betul tak? But kadangkala, it takes a musibah or kehilangan untuk seseorang tu sedar dan mencari jati diri dia sendiri...sedar bahawa tak selamanya hidup nie menongkat langit dan tak selamanya orang disekeliling kita akan terus berada disisi kita di dalam keadaaan susah atau senang.

As for me, musibah yang menimpa aku baru2 nie di saat aku berada di dalam kegembiraan mengubah pendirian aku. Impian aku untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga tidak kesampaian...aku terpaksa membuat pilihan antara dia atau diri aku sendiri...dengan sokongan dari yang tersayang untuk melalui segalanya bersama, aku terpaksa merelakan dan melepaskan dia pergi....melepaskan satu nyawa untuk selamtkan satu nyawa yang lain...Semoga dia bahagia di sana...

Pada aku mungkin ini la balasan pada aku yang selama nie yang sentiasa khilaf dalam kehidupan sehari-hari, kadangkala lupa bahawa aku ada tanggungjawab kepada-Nya. Mungkin musibah inilah yang dah trigger niat aku yang telah sekian lama aku simpan. Alhamdulillah, kiranya aku masih diberi peluang untuk berubah dan memperbaiki kesilapan yang sudah-sudah.

Walaupun telah bertudung tidak bermakna aku telah berubah totally, aku masih mencari diri, aku masih belajar memperbaiki apa yang kurang dan aku bukanlah terus berubah menjadi manusia yang paling baik. Perubahan yang perlahan-lahan tetapi kekal. Aku masih lagi seperti dulu, masih ada sikap2 taliban, lanun dan giler tapi semuanya berpada-pada dan ada hadnya...berat tanggungjawabnya, kalau selama ni bebas lepas, skang semua kene jaga; adab, akhlak...aku tak mahu nanti ada suara-suara sumbang yang tidak di bayar gaji untuk memberi tarbiyah akan berbunyi, walaupun sebenarnya aku langsung tak peduli apa yang orang nak katakan pasal aku...

Aku berterima kasih pada kawan, teman dan sahabat yang sentiasa beri sokongan dan kasih sayang dalam aku merencanakan kehidupan aku semula..buku lama aku dah tutup dan kini buku baru sedang ditulis...

I'm happy too for my dearest fren, Kikey coz dia pon dah nekad untuk mengubah penampilan sebagai langkah pertama. Seriously, I'm shocked..really, really shocked but macam aku kata kalau nawaitu tu kuat, apa-apa pun boleh tempuh. Aku harap penghijrahan kami nie, akan berkekalan.


Me and my bud
"Key, you look stunning in your tudung la...:))"

Well lastly, doakan penghijrahan ini berkekalan...amin.
 

Designed By Blogs Gone Wild!