Friday, August 13, 2010

Hijrah

Dearest,

Mungkin kebanyakan kawan dah pun tahu yang aku kini berhijrah penampilan kepada bertudung. Niat aku dah terlalu lama tapi as u guys know la and most probably korang pon pernah mengalami, untuk buat sesuatu yang baik tu sentiasa hati jadik berat walaupun nawaitu is there, betul tak? But kadangkala, it takes a musibah or kehilangan untuk seseorang tu sedar dan mencari jati diri dia sendiri...sedar bahawa tak selamanya hidup nie menongkat langit dan tak selamanya orang disekeliling kita akan terus berada disisi kita di dalam keadaaan susah atau senang.

As for me, musibah yang menimpa aku baru2 nie di saat aku berada di dalam kegembiraan mengubah pendirian aku. Impian aku untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga tidak kesampaian...aku terpaksa membuat pilihan antara dia atau diri aku sendiri...dengan sokongan dari yang tersayang untuk melalui segalanya bersama, aku terpaksa merelakan dan melepaskan dia pergi....melepaskan satu nyawa untuk selamtkan satu nyawa yang lain...Semoga dia bahagia di sana...

Pada aku mungkin ini la balasan pada aku yang selama nie yang sentiasa khilaf dalam kehidupan sehari-hari, kadangkala lupa bahawa aku ada tanggungjawab kepada-Nya. Mungkin musibah inilah yang dah trigger niat aku yang telah sekian lama aku simpan. Alhamdulillah, kiranya aku masih diberi peluang untuk berubah dan memperbaiki kesilapan yang sudah-sudah.

Walaupun telah bertudung tidak bermakna aku telah berubah totally, aku masih mencari diri, aku masih belajar memperbaiki apa yang kurang dan aku bukanlah terus berubah menjadi manusia yang paling baik. Perubahan yang perlahan-lahan tetapi kekal. Aku masih lagi seperti dulu, masih ada sikap2 taliban, lanun dan giler tapi semuanya berpada-pada dan ada hadnya...berat tanggungjawabnya, kalau selama ni bebas lepas, skang semua kene jaga; adab, akhlak...aku tak mahu nanti ada suara-suara sumbang yang tidak di bayar gaji untuk memberi tarbiyah akan berbunyi, walaupun sebenarnya aku langsung tak peduli apa yang orang nak katakan pasal aku...

Aku berterima kasih pada kawan, teman dan sahabat yang sentiasa beri sokongan dan kasih sayang dalam aku merencanakan kehidupan aku semula..buku lama aku dah tutup dan kini buku baru sedang ditulis...

I'm happy too for my dearest fren, Kikey coz dia pon dah nekad untuk mengubah penampilan sebagai langkah pertama. Seriously, I'm shocked..really, really shocked but macam aku kata kalau nawaitu tu kuat, apa-apa pun boleh tempuh. Aku harap penghijrahan kami nie, akan berkekalan.


Me and my bud
"Key, you look stunning in your tudung la...:))"

Well lastly, doakan penghijrahan ini berkekalan...amin.

4 comments:

himawari said...

amin...
semoga dipermudahkan apa yg ko niatkan tu.. doakan aku juga untuk bersama berusaha & berhijrah ke arah yg lebih baik..

sedih aaa baca entry ko ni. aku dah terleleh2 air mata dah ni....

Kikey said...

kak sue tak abes2 nak meleleh...hahahhahaa..jom kak sue, buka pose.hahahhaa..aku plak tak abes2 ajak makan.hahhaha

thanks banyak2 fit.....kita buat apa yang kita mampu. Umo pun dah agak lanjut ni.wahahahaa..doakan kehidupan yang lebih baik dalam tahun2 akan datang.aminnn

tira_blurb said...

jangan kata kak sue, tira pun dah almost nak nangis. nasibb kat opisshh! hehehe!

my prayer always for you guys! Both of you looking hot there with tudung! Alhamdulillah... saya.. belum lagi yer..selow selow kayuh... tunggu lah kene cerai dengan current company kot.. InsyaAllah.. heheeh!

All the best for both of you! Hugssssssssss!!!~~~~

Kikey said...

Nyah, tak pe...just,jangan nak pakai tudung sebab tengok orang pakai.tapi kejap ada kejap tak der, tak jadik gak tu nyah.hahhahahahha..

doakan hati kami tetap ye. pepaham je la, budak2 jahat tegarians pun dulu neh.hahhahaha

 

Designed By Blogs Gone Wild!