Wednesday, June 9, 2010

Selagi Mampu

Dear all,

Tak banyak nak aku ceritakan sebab kebelakangan nie, aku mmg takde life langsung. Semuanya berkisar dengan kerja saja. Kadangkala aku rindu untuk kembali pada saat2 ceria, best giler babas dan buat aktiviti giler dengan orang2 yang juga giler seperti aku. How I really miss those days...tapi hidup mesti diteruskan...tak semestinya segala yang best itu akan berterusan, betul tak?

Dah hampir dua minggu aku kat KK, dan sekarang nie, energy aku dah semakin habis, kulit dah semakin tanned akibat dek berjemur di tepian pantai. Yang pasti, semangat kerja aku semakin menipis, semakin stress and aku HOME SICK. Aku tk pasti kenapa aku yang terpaksa diletakkan di tempat nie skang, sedangkan aku tahu masih ada staff2 yang bujang, lelaki dan perempuan boleh ambik tempat aku. Mungkin boss terlalu percaya pada aku, sedangkan aku dah tak sabar2 nak benti keje...aku dah tak tahan..dengan kondisi aku yang MUNGKIN preggy aku mmg tak larat langsung....siyesly, aku kuatkan diri...and hoping aku cukup kuat untuk menghabiskan sisa2 keje kat sini..and wish apa yang aku bawa dengan diri aku juga cukup kuat untuk melaluinya..cukup2lah dengan segala kehilangan yang aku tanggung sebelum nih..aku tak nak kehilangan lagi...

Hampir setiap hari aku berhubung dengan hubby n tentunya juga dengan anak aku di Kuantan. Rindunya aku pada diorang tak terkira banyaknya...aku tak sabar nak balik n jumpa orang2 yang tersayang. I really miss u darlings!!!

Aku rindu Muzi. Dengan keadaan dia skang sedang tunggu masa untuk bersalin. Tiap2 hari aku sms bertanya khabar, nak pergi jauh, kene tunggu minggu depan agaknya baru leh jumpa dia. Aku harap dia tabah dan cekal menghadapi saat nak bersalin nanti...dia kuat macam aku jugak..tough lady...Inshaallah..

Aku rindu kawan-kawan aku...rindu giler...Edna n Masyi..bukan tak rindu pada yang lain tapi these 2 means a lot to me.....well, masing2 sibuk dengan kehidupan masing2...takpe la ada jodoh panjang jumpa la nanti...kalau tak...life still goes on...

Aku rindu nak join aktiviti Nubies cam dulu...semua cerita aku just tgk thru fesbuk, forumotion or blog ajer....tak terdaya sebab kekangan kerja yang tak dapat aku elakkan, walaupun kadangkala aku pergi jugak tapi melihat dari jauh saja...sebab aku tahu jika aku pergi juga aku akan tersangkut kat situ n keje aku pulak akan terabai...Nubies always best...THE BEST. Aku bangga sebab Nubhan FC kini semakin berkembang aktif...that's good n aku berkongsi fun dan gembira diorang dari kejauhan...I'm proud...

Anyhow...ada seminggu lagi untuk aku berkelana di tempat orang...lepas nih kemana pulak aku pun tak tahu la...yang pasti..aku nak baliiikkkkk!!!

C'ya!!

No comments:

 

Designed By Blogs Gone Wild!