skip to main |
skip to sidebar
Rejab Datang Lagi
Just nak share kelebihan Bulan Rejab
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan
mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar
daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh
Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke
neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan
akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab
kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur
dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka
jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga
baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu
menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki
syurga.
Puasa 10
hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan
hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2
sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul
Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa
fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa
fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua
dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan
kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000
tahun.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di
hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala
dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki
umurnya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan
beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari
jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf
(ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di
Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul
Mustaqim
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk
dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah
seumpama puasa 1,000 tahun.
Setiap umat Islam yang berpuasa di
bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah
seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai
dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu
kali.
Sedekah
di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai
bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu
kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.Orang yang lemah dari berpuasa di
bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan
lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah
membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab, Allah akan
membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan
petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api
neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban
bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah
S.A.W.
4.
Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala
Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab
menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan
roh.
6. Rejab adalah
bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan
menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat,
Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang
banyak.
8.
Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700
pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik
dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui
amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan
diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4.
Memohon keselamatan dan kesejahteraan
dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya5. Menginsafkan diri dengan membaca
kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam
lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan
Rejab:
1. Israk dan
Mikraj (27 Rejab)2. Solat 5
waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9
Hijrah.Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi
Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul
Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk
mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam
melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman
Allah SWT:Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam
dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan
kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.
No comments:
Post a Comment