Monday, May 31, 2010

Damn Tired!!

Dearest,

It was very hectic weeks lately. Really, I need some time to breath from all of these. Highs or lows,nak tak nak aku redah jugak la...and as what I've done lately, what happened aku simpan sendiri. Aku tak nak menyusahkan dan membebankan orang lain. Biarlah, aku dah semakin terbiasa dengan keadaan sekarang.

Aku pon skarang, tengah menghitung waktu untuk 2 perkara; Pertama : menghitung hari untuk terima "anak sedara" baru, my Jijoe Junior (anak lelaki Jijoe la kan, kalau gegirl, dah sah2 Muzi Junior). Di jangka due pada 8 hb, that is on this coming Tuesday. Aku doakan Muzi cekal dan kuat untuk mengharungi saat labour nanti. And congrates also to father to be Jijoe. Kedua : Menghitung hari untuk diri aku sendiri, inshaallah kalau rezeki Allah dah tentukan, aku juga bakal menambah bilangan ahli keluarga. Formally, belum confirm sebab belum buat check-up, but informally, melalui test kit, I am. Encik Larmyzee dah dimaklumkan dan reaksi dia biasa jek, sebab perkara macam nih pernah terjadi..self-test, confirm but when pergi check-up, it just a false alarm. Next week akan ke Gleneagles untuk buat formal test. May be aura Muzi dah terlekat kat aku kot....

Cuti wesak aku tak kemana2 pun, lepak kat umah jer. But petang, Dannii ajak teman dia pi PWTC prepare untuk booth Youthsay. Layankan ajelah. Ramai jugak la jumpa kawan2 baru especially the chinese. Not bad la diorang, happening. Lepas settle kat booth, lepak kat kopitiam The Mall, makan rojak, makan Nasi Kari Ayam. Giler sedap hingga menjilat jari kekdahnya. nyum..nyum..nyum...then aku balik la, sebab esok nak kuar lagik.

Awal2 pagi hari Sabtu, dalam kul 9 aku dah kuar umah and drive menuju ke PWTC. Sebab parking penuh, aku park kar The Mall, mampuih membayo parking balik..adehhhh!!! A bit bosan la, sebab aku mmg tak suka crowded places, so dalam kul 1 lebih aku dah blah. Tak tahan, nak termuntah sebab tgk orang ramai sangat. Btw, sebelum tu, sayup2 dikejauhan aku terdengar suara yang aku kenali, tengah nyanyi, tapi takpe la malas nak bergerak ke sana, so kudengar dari kejauhan aje lah. ;) Best of luck to you retiskuhhh!! heheheheh!!!

Gambar banyak, tapi as usual, nanti kau ajin, aku letak..malas nak tunggu donlod..lembabs cam cipan, cipan pon tak lembab macam pc akuh...

As a whole, semakin hari aku semakin penat, walaupun otak aku tidak lagi memikirkan perkara2 yang baru ajer berlaku disekeliling aku in the past 3 months, yang buat aku sedar siapa aku sebenarnya. Penat sebab aku memang takde nafsu nak keje and penat bila aku rasa diri aku stuck at 1 point dan tak bergerak2...Aku tak nak dok KL dah, aku nak balik kampungggggggg!!!!!

c'ya!!

Monday, May 24, 2010

Holiday

Dear alls,

Coti-coti Mesia muncul lagik...hehehehhe!! kebetulan la plak plan aku time anak aku nak sambut besday dia 21th May tu ha. Nak kata best takde la best sangat...tapi can do la...lagipun aku berdua ajer...

Hajat hati nak bawak EG pergi Bali sebab dulu suppose pergi Jakarta tapi tak jadi sebab masa tu Indon sebuk ngan buluh runcing n ganyang Mesia WTF la kan. kansel..burn cenggitu jek tiket. So, gi bali aku check tiket ngan KLM sebab selalunya tiket diorang murah giler, not that aku tak boleh naik Air Asia tapi harga lebih kurang baik aku naik KLM kan, takyah berebut2. Namun kekdahnya tempah setakat tempah jek la kan...tapi tak jadik beli pon. alasan kenapa tak jadik? Sebab anak aku taknak pegi Indon, dia kata baik naik Genting or pegi Singapore daripada gi Indon..tak best katanya...So, aku ambik keputusan bawak dia gi Tioman ajer la...sambil mengabihkan sisa2 duit yang ada...heheheh!!!

Drive balik ke Kuantan hari Selasa malam. Then esoknya pagi2 lagi aku dah siap2 untuk ke sekolah EG untuk hantar surat apply cuti untuk EG. Maklum ler anak jantan aku nih nak UPSR tahun nih, tapi memandangkan ini ajer cuti yang lulus, so aku tolong pontengkan anak aku dalam 3 hari....Selesai everything terus gerak balik Rompin jumpa family mertua ler...tapi tak lama singgah ajer. Tinggal kereta kat umah mertua then mintak adik ipar hantar pergi jeti untuk ke Tioman di Jeti Tg. Gemok, nearby Endau sana. Journey a little bit rough ler, sebab hujan, laut bergelora...tahan ajer la nak muntah..kang muntah malu plak.chaittt...

Tak banyak la aku buat kat Tioman, typical vacation kat pulau la beb, setakat mandi manda, snorkling, jenjalan (ramai plak terjumpa kengkawan masa sekolah dulu), and shopping barang2 yang jugak typical; t-shirt, n craftmenship..bosan ahhh!!! Sebab bosan tu ler, hari Jumaat aku n Eg dah blah balik...kol adik ipar aku soh datang ambik. Then tempah hotel kat Hyatt, Telok Chempedak, vacation kat sana pon bagus, dekat ngan family...lain kali mmg aku tak pegi la vacation kat Tioman...dok besh langsung, maklum ler...dekat sangat ngan rumah...heheheh!!!

Balik Kuantan,esoknya hari Sabtu, call mak ajak picnic kat TC, bawak la semua gerombolan family2 aku tu ha...bermandi-mandian..berenang-renangan dan berpancing-pancingan...lagi ramai lagi meriah katanya...then lepak2 kat McD..macam la kat KL tak de McD kekdahnya...malam tu sempat la, buat makan2 simple untuk EG..beli kepci n masak mee ajer..beli kek..then makan..takde la celebrate apapun, sebab EG dah dapat apa yg dia nak iaitu BASIKAL. Adehhhh!!!

Hari Ahad, aku just berehat2 kat hotel then hubby kol sebab katanya tak berapa nak sehat...bergegas aku check out n singgah umah mak hantar EG terus aku gerak balik KL. Arrive kat KL lebih kurang pukul 4 petang then terus bawak hubby gi Gleaneagles Ampang. Gastrik rupanya..ingatkan hape...ishh..baru tinggal sekejap macam2 dah jadik...

Well, itu jek la perjalanan seminggu percutian aku yang macam tak bercuti itu ha...bosan giler...gambar nanti la aku tepek yer..sebab skang simpton aku malas nak donlod sedang berleluasa...heheheheh!! c'ya!!

p/s : Shi Dowt, sorry arr beb!! tarak jodoh..next time kay!!

Monday, May 17, 2010

Point Blank...

Dear alls,

Lama giler aku tak memhupdatekan blog aku yang boleh dikira bersawang kekdahnya. Well, masa tak mengizinkan...lagipun aku tulis untuk tatapan mata aku sendiri n tatapan orang2 yang sudi menjengah dan membaca coretan aku yang agak membosankan...

Aku pun dah lupa apa benda yang aku nak hupdate..sebab kebanyakan kejadian2 yang berlaku semakin luput dari ingatan aku..yang ada cuma saki baki ingatan yang aku buat last week...seminggu yang membosankan...

But 1st things first, nak ucap HAPPY BIRTHDAY pada orang-orang ini, kira orang2 yang aku sayang la...family and friends.

HAPPY BELATED BIRTHDAY pada BADRI AHAMAD yang jatuh pada 16 err 18 haribulan April yang lalu..aku ada buat posting untuk dia tapi aku dah delete...heheheh!!! Hope suka la yer dengan hadiah baju Manchester United yang tak seberapa ittewww...

HAPPY BIRTHDAY jugak pada ibu kesayangan, RUSNA ISMAIL aka CIK ANI yang genap berumur 56 tahun pada 1 Mei lalu, satu Mesia beb cuti..hehehe..jasamu tak terbalas dengan hadiah2 yang telah diberikan...Semoga panjang umur mak sebab banyak lagi yang ingin aku berikan demi membalas jasa mak selama nie, walaupun ianya takkan terbalas sehingga akhir hayat.

HAPPY BIRTHDAY untuk anak jantan aku MUHAMMAD ASHRAFF FIZRY LARMYZEE yang ke 12 tahun pada 21 Mei yang lalu. Mommy doakan agar EG akan menjadi seorang manusia yang berguna dimasa mendatang...Good Luck on your UPSR.

Last but not least, untuk suami terchenta, ENCIK LARMYZEE. HAPPY 35th BIRTHDAY my dear. Luv u so much and will always be. Ups and downs, biasa la kan, but most important thing is we love each other, kannn...Luv ya babe!!

Then, bulan nie, kerja kurang la sket, banyak attend meeting ajer..proposal takde la semelambak cam biasa...maybe sebab boss sibuk pindah rumah, sebab tu dia tak desak aku sangat kot. Outstesen, awal2 aku dah tolak suppose bulan nie aku kene pegi Miri the Kuching (kalau tidak leh jumpa V) and then terus masuk Singapore. Ntah 2-3 menjak nih, nafsu nak keje macam kurang giler...aku tengah gigih carik keje kat Kuantan sekarang nih..sebab pada aku, dah takde apa2 yang penting untuk diri aku kat Kay El nih...lame giler...banyak sebabnya, tapi biarlah..diri sendiri yang simpan...past is past kekdahnya..life goes on...katanya...

The most happy moments pada aku terjadi dalam bulan nih sebab bonus masyuuukkkkk!!! bonus plus extra allowance, dapat la nearly 18K...separuh masuk dalam akaun mak sebab aku rasa better masuk akaun mak aku, mana la tahu kot2 nanti mak aku nak pakai pegi haji ker, bayar duit ubat ker kan. Yang separuh lagi aku bahagi 2; separuh masuk akaun EG untuk education fund n separuh lagik untuk aku beryuya2. Dapat la aku beli jam Tag Heuer yang gegila lagi aku nak sejak 2 tahun lepas. Beli barang2 sket untuk bakal "anak sedara" aka anak Muzi yang bakal keluar most probably pada 8 June 2010 nanti. Mujur tak kuar 6 June kalau tak sama la tarikhnya ngan aunty yang sorang lagi. Yang belen2 tu aku bahagi la sikit sorang ngan adik2 aku yang 5 orang n anak2 sedara aku yang ada 8 orang tu. Dulu aku pernah berjanji dengan few frens nak buat open table karaoke kalau aku dapat bonus, tapi ntah la, tak tergerak plak aku nak mengotakan janji aku tu...munafikkah aku? yelah agaknya...

Dengan kesempatan dan rezeki yang Allah bagi tu, aku tunaikan hajat aku untuk buat kenduri arwah untuk ayah dan abang2 aku, kenduri doa selamat untuk besday mak sekali dengan majlis khatam Quran yang belum pernah aku buat walaupun secara informalnya aku dah berkali2 khatam Quran. Giler teringat giler kat arwah ayah n abang ngah, lebih2 lagi arwah ayah. It has been 23 tahun ayah pergi...kenangan tu dah berbalam2, banyak yang aku dah tak ingat...yang paling ingat was when I got straight A's n #1 in class, arwah ayah bagi beskal BMX..masa tu BMX cukup hebat dah...heheheheh!!!

Ellemek, syahdu syahdan plak...kay la next entry aku citer pasal percutian aku minggu lepas..start cuti hari 19hb sampai 23hb...bercuti berdua dengan anak aku ajer..nak ajak mak, dia sibuk kata ada keje...well, c'ya. (sorry ler, maleh nak tempek gambo....:))

 

Designed By Blogs Gone Wild!