Monday, February 22, 2010

Hilang Lagi....

Salam dearest,

Ntah hape kene la aku hari nie, sampai2 ofis baru sedar henpon tarak..kalau setakat henpon cikai aku tu aku tak kisah sangat, tapi ni henpon yang baru jek Encik Larmyzee belikan untuk aku Velentine's day aritu...aku dah menggelabah sakan ni..cuak, nak termuntah pun ada. Aku kol adik ipar kat umah soh dia carik kot2 ler tertinggal walaupon kekdahnya memang aku dah masukkan dalam beg pagi tadik. nak kata aku keluarkan dari beg sepanjang perjalanan ke ofis takde la pulak..confuse giler!!

Aku memang ada masalah sket dengan henpon2 mahal ni. Sejarah telah berulang lagi. Ini adalah kali ke-4 aku hilang phone. Rege dia pon takde la murah sangat...1st kejadian masa memula aku masuk keje..gaji pertama kekdahnya. beli henpon ericson..tengah in ler masa tu...aku rasa aku tak sempat pon nak belajar function2 kat henpon tu dah ilang...yang pasti ilang kat ofis.

Kali kedua ilang, masa aku swipe guna kredit kad pertama aku. Beli Samsung yang flip tu. Giler mahal sebab baru kuar...henpon nih sempat seminggu jek aku pakai..tertinggal dalam Putra LRT. Tu dah sah2 jadi hak orang lain...mujur sangat la kalau ada orang Kl yang terlalu baik untuk pulangkan.

Kali ketiga, Blackberry. Malas aku citer sebab sadis sangat. Hilang pastu aku kene ganti baru..sebab blackberry tu office punya. Tolak gaji bulan2. Pastu aku terpaksa beli sendiri blackberry sebab boss aku kata, nanti aku appreciate lebih sket blackberry tu sebab sendiri punya. Sampai la sekarang blackberry yang aku beli tu aku guna masa kat office n kalau outstesen jek.. kalau setakat nak bawak kehulu-kehilir balik dan pegi keje je..memang tak la...aku tinggal dalam laci meja aku jek..cukup ler.

Skang nih, masalahnya satu jek...camana kau nak bagitau Encik Larmyzee hadiah dia kasik tu dah ilang...aku ada 2 choice..samada nak terus tipu sunat dengan beli yang baru atau just come clean dengan dia....adoii..fenin..fenin...lepas nih, aku dah tak nak beli henpon memahal..pembaziran yang amat ketara..baik aku beli baju or kasut adidas ker nike ker takpun tambah koleksi jean levi's aku..ada gak pekdahnya. Mulai hari ni, aku tetap akan setia dengan Nokia cap ayam aku yang aku beli dengan rege RM120.00. Dah banyak jasa dia kat aku.

Betul jugak orang cakap, kalau dah dapat yang baru, yang lama jangan dilupa. Bila dah kehilangan, baru la teringat yang lama...lama-lama pon ada gunanya...Boleh praktik dalam kehidupan kita sehari-hari jugak nih, dalam persahabatan especially.

kay la..see'ya.

Friday, February 19, 2010

Bengang Giler Tahap Gaban Cicah Kicap

Salam dearest,

Sila buat seperti instruction di atas ye kengkawan..sekiranya anda stress. kalau tak stress jangan buat takut nanti weng plak.

Yezzaaa!!! memang aku tengah stress skang. Tahap stress dan tensionnya telah melepasi tahap gaban cicah kicap...kalau dah capai tahap tu, maknanya mmg stressed out giler la nih. Boleh jadik giler aku cenggini!!

Ada jek manusia-manusia yang kat dunia nie, specifically yang merasakan dirinya tu boss, yang kuar duit bayar gaji..suka suki gigi dan gusi diorang jek nak perah keringat orang. Tu tak dicampur lagik dengan aksi-aksi kakitangan lain yang sama-sama makan gaji tapi berlagak mengalahkan boss, macam le dia yang menyetelkan semua kerja walhal hado kekdahnya...Hello!! aku bukan nak merendahkan-rendahkan keje ko, sebab walaupun pangkat aku beso pada ko tapi sama-sama makan gaji...so yang penting kerjasama!! cehh..macam wonderpet plak. Yang ko nak berlagak tak hengat tu hape kes??? Sengal!! Kalau setakat ko draft surat nak forward dokumen kat Menteri pon ko hantar kat aku untuk dabel check tak payah la nak berlagak yer dek non!! Hakak dah masuk belas tahun buat keje nih, so tak payah tunjuk pandai ngan hakak yer...kalau benda ko nak brag ngan hakak tu betul takpe hakak terima, tapi...ishhh!!!

Yang boss pulak agak2 la kalau nak mengerahkan idea, keringat staff tu. Diorang pon manusia biasa gak..kadangkala balckout jugak. Jangan expect semua yang dia buat exactly as what u want. kalau apa yang ko tak dapat, kan boleh diselesaikan dengan berdiskusi dengan aman...so end result nanti as per what u want la. Then, jangan ler suka suki tekan staff bawahan ko eventhough ko yang bayar gaji diorang...sebut pasal gaji..gaji pon bayar ler on time...jangan ler dilengah-lengahkan, sebab tak semua staff kaya raya.

Ok lah, stop ler mengutuk-ngutuk. Ekceli aku cuma nak lepaskan tension pada staff aku n boss aku yang hangsuang ni ha...melalut-lalut la pulak. Sambung keje la... :)

see'ya!

Thursday, February 18, 2010

Not Really Bad CNY Holiday part 2

Salam again...

Continue with what happened on Sunday. Macam aku citer sebelum ni la, lepas borak2 ngan Masyi, kitorang terlelap lebih kurang kul 6 pagi. Kroh..kroh...kejap, aku terjaga sebab masyi dah bangun. tengok jam baru kul 9 pagi. Alahhhh..guling2 la dulu. Tak lama pastu Edna plak bangun. Aku pon tak jadik nak tido balik, just guling2 n sambung borak ngan Edna plak. Si Masyi plak, hantu mana plak merasuk pepagi buta, dia dok mengemas rumah, siap mop lantai lagi..cemerlang, gemilang, terbilang gittewwww!!! Sementara tunggu Moon sampai, maklum ler semua takde berkenderaan, so Moon mengoffer diri dia nak menghantar Harney balik...aku menumpang jek ler...bajet nak melepek kat Alamanda kejap tapi banyak plak plan lain yang menjadik.

Moon sampai bawak sarapan...giler banyak..roti canai ler, teh tarik ler tapi yang paling best, nasi lemak mak janda..sedap..menjilat jari dowhhh!! terima kasih ler moon sebab banjer brunch..mujur tak bruncher kan...(breakfast + lunch + dinner). Tak sangka lak plan nak ke alamanda tu di postponedkan sebab semua sibuk nak main UNO..ala kad UNO tu. hampir 2 jam lebih jugak ler main, syiokk giler...maklum la..boleh pedajal orang itteww sampai kalah 2 kali...bengang jek member..sehingga la mendapat bantuan dari orang sebelah, merasa la kemenangan walaupun bukan 1st. heheheheheh!!!

Puas main UNO semua bersiap nak gerak pi alamanda. Nak jadik kan cerita si Edna plak hilang wallet, mana plak dia tinggal.. Setelah buat CSI bagai, kes settle. Tertinggal dalam kete kawan kitorang rupanya. Poodahchett!! itu worang pon sikit punya tak inform wallet si Edna ni ada kat dia..hampagas tul la....Janji jumpa dia kat alamanda untuk pulang balik wallet tu. Pergi melantak dulu kat Resepi Rahsia before gerak pi Starbucks jumpa kawan yang betuah sorang tu. Dah sampai starbucks cam biasa ler dah sah2 lekat...lambt la aku balik ni karang. Aku ngan Masyi siap leh main chess n dam kepit (apa dah dam kepit...first time aku tahu ada game cenggini...bahan si Masyi la nih). Aku layankan ajer la. Bosan main chess n dam kepit, join bebudak tu download caller ringtone kat henpon. motip budak2 nih download ringtone "Halimah Jongang" kat henpon..aduiiii..tahu la citer tu tengah glamer skang nih. Memang pon ringtone tu giler klaka...catchy...rupa-rupanya, bila aku tepon anak aku n adik aku kat Kuantan pon..guna ringtone tu jugak..menanah tlinger aku....adoiyaiiii!!! So, dalam kul 6 lebih kitorang gerak balik, kesian kat harney ler sebab nak balik Somban..aku tak kisah sangat sebab Encik Larmyzee outstesen, aku balik pon aku sorang2 kat umah...susah2 sangat aku lepak umah Masyi lagik satu malam.

Apa-apapun aku balik jugak dengan Edna menumpang kete kawan aku tu ha. aku ekceli nak tumpang Moon sebab tak nak la menyusahkan the other kawan hantar aku ke KL Sentral or balik terus umah. Kalau tumpang Moon, cuma hantar aku sampai Serdang then aku naik komuter terus ke Kepong Sentral. Masyi soh aku ikut Edna, teman dia...aku pegi jugak la, walau sedikit berat. kawan punya pasal..ikutkan je lah...memang betul la kata Masyi, kitorang takkan terus balik. mesti menyinggah punya. Psikik ke hapa si Masyi nih??!! Singgah kat tempat keje si supir kejap, err...kejap tak kejap jugak dekat sejam ler. Pastu makan ler...makan kat area situ jugak tak kemana2 pun. lepas makan, pot pet pot pet, supir terpaksa la menghantar aku balik umah..terima kasih yer supir..duit minyak mintak ngan Edna yer...

Sampai umah terus mandi..tengok tv tengok dvd sampai dvd tengok aku. sedar2 dah pagi. Encik Larmyzee plak kol kata petang baru balik...huhuhuhu!! apa aku nak buat nih...nak ajak diorang kuar kim salam ler...masyi takde kete, edna balik muor, md nuar balik ipoh...arrghhhh...dok umah lagi la jawabnya. Cuti CNY mana nak pegi ekkk...sudahnya aku dok umah tak pegi mana-mana..very pathethic!!! Encik Larmyzee arrived home lebih kurang kul 10 malam...kuar makan ngan dia kejap then balik tido. Aku nak jumpa laki sendiri pon ala2 kene buat appoitment plak..mengalahkan nak jumpa perdana menteri.

Plan nak bermesraan dan bermanjaan dengan Encik Larmyzee di hari Selasa tidak menjadi bila dia terpaksa bekerja juga. hancur plan nak pi tengok movie, hancur plan nak gie karok n hancur plan nak.........hehehehheheh!!!!

Well, walaupun hari-hari cuti aku tak sepertimana yang aku harapkan, tapi as a whole, not that bad la. At least aku dapat spent some time dengan kawan2 aku n dengan Encik Larmyzee walaupun tak lama dapat jumpa, dapat ler lepas rindu dendam aku kat laki sendirik...yang penting hadiah valentine tahun tahun nie...dapat Iphone u...korang hadooo...nan hadooooo....Encik Larmyzee nak belikan blackberry tapi company dah bagi satu, buat apa beli lagi kan..so, dia dah offer Iphone, aku rembat jek la...tahun nih takde candle light dinner...

So, itu jek la citer aku..nanti aku rajin, aku memblogkan diri aku lagi...See'ya.

Not Really Bad CNY Holiday Part 1

Assalamualaikum dearest!!

Tengah bosan-bosan tak tahu nak buat apa nih...ttteeeeeetttt!! walaupon kekdahnya keje melambak2 atas meja...hikhikhik...aku gagahkan diri untuk merapu-rapu kat blog. Nak cite hape ek...?? erhhmmm...aku citer kat korang pasal CNY holiday yang lepas jek la ekkk...

Aku start cuti CNY hari sabtu sampai ler hari Senin patutnya, tapi aku suka suki mak pak aku jek pepandai menambah sehari lagi yakni hari Selasa dengan kowtim baeekk punya ngan klinik kat area umah aku. MC daaa...giler nak keje...satu Malaysia cuti sampai Selasa..aku kene keje plak..kim salam laa...

Apa aku buat cuti2 ni? Fizry kol soh balik, mak kol soh balik...adik aku kol soh lepak Senawang, so aku pendekkan citer n tak bagi semua kecik ati, aku lepak Kl jek la. Dengan Encik Larmyzee sentiasa berada di jalanan (outstesen ler tuh), adik ipar aku pon balik kg, so tinggal ler aku sensorang kat umah bertemankan Astro dan DVD.

Hari Sabtu, aku tak buat apa2. Bersengkang kat umah. Agenda utama : makan, tido, tengok tv, tengok dvd, tido n lepas tu proses tersebut akan berulang lagik...Suppose plan nak training bowling kat Wangsa Walk ngan team Mantan n Nubies untuk tournament anjuran Candy FC..tapi orang yang meng arrange kan plan tu senyap sunyi sepi jek, so aku takde la siap2.

Kul 2 lebih Md Nuar kol dengan suara ala2 tak bersalah "Kak Fit tak kuar ker?". Hangguk la kau Md Nuar..ko yang senyap lagi ko mahu tanya aku kuar ker tak..poodahhhcheettt!!! Rupa-rupanya, diorang dah melepek tahap gaban kat Old Town Bangsar, menunggu masa nak gerak gi BTS. Aku dengan gigih terus ler bersiap, ala2 rasa nak cantik aku gerak. IShh!! harus la aku mintak izin Encik Larmyzee. Giler!! kene cop derhaka plak!! Encik Larmyzee memang sentiasa shuweet sebab bagi aku kuar ngan kengkawan aku. Muah..muah...!! Dah dapat green light, aku gigihkan diri aku tahan cab menuju ke bangsar. Giler babas la mahal..RM31.00 inclusive toll. Chett!!! cekik darah. Kalau aku naik bas RM 1.00 + komuter RM1.60 + Putra RM1.00 = RM3.60 baru...huhuhuhu!!!! Takpe la, demi kengkawan..tak suka orang tunggu aku...Aku sampai terus gerak pi BTS.

Rombongan che kiah kali nih 9 orang; team Nubies ada Moon, Adilla, Harney, KT ngan E'zham n team mantan cam biasa la, Masyi, Md Nuar, Edna n aku. Main 3 games, nak tercabut tangan aku rasa. lama giler tak turun main bowling, ada la 6-7 bulan kot since Masyi involve ngan DPA dia. Skill dah berkarat giler...but one thing for sure, I have a great times spent with them. Sepanjang bowling nie, adoihhh, mata sakit tengok budak2 sekolah berpakaian ala2 gothic, punk, grunge n ntah hape2 gaya lagi la...gaya satu hal, tak segan silu bersmooching bagai kat tengah khalayak ramai ni ha!! Aku rasa dulu aku nakal, jahat jugak tapi siyesly kurang dapat terima ler cara bebudak skarang nih...Lantak korang la, mak bapak korang ada...pandai2 la ekkk...karang kalau aku tegur kata memandai macam gaban plak...layannzzzz...

Lepas bowling makan..bab nak pilih tempat makan pon jadik gaduh...ini tak nak, itu tak nak..yang tukang suggest tempat plak, bila semua setuju, dia plak yang tak nak..haktuiuuuhh la ko...hahhahaha!!!! Lastly, lepak Kenny Rogers jer. Kenyang melantak E'zham plak ajak karok..hamboiiii!!! tak hengat nih berjimba-jimba...Si Md Nuar nak balik kg plak bas kul 1030 pm. Dah separuh nak gi KTV separuh nak gi Kotak Merah. Akhirnya berkarok di KTV saje walaupun kekdahnya kalau gi Kotak Merah lagi happening. Start karok kul 930 pm n habis session dalam kul 1230 giteewww. However, memandangkan ada sorang jemputan terlewat dijemput, aku dengan sukarela menambah le lagi sejam untuk jemputan tersebut berkarok. Rabak duit mak nyahhh!!!!

Habis karok, lepak kat Pelita KLCC kejap sebab kebulur tahap gaban cicah kicap dah, tapi tak lama la. Habis makan terus gerak balik umah Masyi. Terima kasih la Moon sebab hantar kitorang walaupun idup aku tak tenteram duduk dalam kete ko. Bersyukur dengan apa yang ada kannn...Sampai umah Masyi dalam kul 3 lebih. Harney terus masuk tido, Edna melayan perasaan dia yang susah aku nak paham. Masyi n aku borak sampai kul 6 pagi..lama giler tak borak ngan Masyi. Well, adik bro, life goes on kan..whatever happen pon kene harung jugak kan, tak kira la in what aspects sekalipun, keje, family even relationships.

Habis satu hari...nanti sambung citer hari Ahad plak...giler detail...hahhahah!! see'ya!!

Thursday, February 11, 2010

Catatan Sengal di Petang Hari Khamis

Assalamualaikum..

Giler lama tak update blog. Kesibukan dalam menguruskan kerjaya dan keluarga membuatkan aku malas nak menghapdetkan blog nie. Blog lama aku dah tutup sebab terasa takde kepentingan untuk aku meneruskannya. tapi mungkin dah terbiasa, aku bukak blog baru untuk aku mencatat perjalanan hidup aku dan dikongsikan bersama kengkawan. yang baik jadikan tauladan yang buruk tu korang buang jauh2..sebab aku banyak buruk dari baiknya.

Tak banyak berlaku lately just ulang alik KL -KK - Tawau hingga tak berkesudahan. Kengkadang aku rasa diri aku helpless and useless giler bila mengenangkan seperti aku mementingkan kerjaya daripada menguruskan keperluan suami dan anak. Tak sempurna dan banyak lagi yang perlu aku baiki. Kesibukan aku membuatkan aku jadi mommy yang kurang functionnya bila terpaksa membiarkan mak dan adik2 ipar aku menjaga dan menguruskan keperluan Fizry. Kerja aku senang ajer, tiap kali Fizry kol mintak duit..aku terus transfer, no question asked; nak buat apa ngan duit? nak beli apa?

Hal sekolah Fizry? Lagilah....Last aku balik, masa aku uruskan pertukaran sekolah, that was masa bukak sekolah in January. Nearly 2 months dah aku tak jumpa Fizry. Rindu nak check homework Fizry. Rindu nak gelak tawa macam dulu2. Fizry semakin membesar, anak jantan plak tu. Aku takut nanti dia makin jauh bila dia semakin mengenali dunia sekeliling. Fizry memang rapat dengan aku tapi boys will always be boys. Takkan semua akan dikongsi dengan mommynyakan.

Mak pun dah kol bertanya whether aku balik tak cuti CNY ni. Unfortunately, mmg aku tak boleh balik. Kerja, kerja and more kerja. Moreover, tak dapat cuti. Gaji besar manapun, duit berkepuk-kepuk dalam bank pon tak memberikan aku ketenangan dalam kehidupan. Yes, I'm a happy go lucky person, jarang menunjukkan kesedihan or permasalahan dalam kehidupan, tapi apa yang tersirat dan tersurat tuhan jek yang tahu betapa payahnya aku melalui hidup aku sehari-hari. Aku tak malu mengaku, i'm a very tough lady...aku bersyukur kepada tuhan sebab memberikan kekuatan pada aku untuk setiap dugaan dalam hidup yang membolehkan aku terus menjalaninya sebaik mungkin (eventough not perfect).

Aku sayang anak aku. Aku sayang hb aku. Aku sayang mak aku. Aku sayang keluarga aku. Dan aku sayang kengkawan aku, tapi aku sering merasakan I've not given them enough of me. Aku akan cuba yang termampu untuk terus membahagiakan mereka; Fizry, suami, mak, keluarga dan kengkawan walaupunn kadangkala pengorbanan dan kasih sayang yang aku berikan tidak dihargai dan disalaherti.

Wassalam.

 

Designed By Blogs Gone Wild!