Thursday, February 11, 2010

Catatan Sengal di Petang Hari Khamis

Assalamualaikum..

Giler lama tak update blog. Kesibukan dalam menguruskan kerjaya dan keluarga membuatkan aku malas nak menghapdetkan blog nie. Blog lama aku dah tutup sebab terasa takde kepentingan untuk aku meneruskannya. tapi mungkin dah terbiasa, aku bukak blog baru untuk aku mencatat perjalanan hidup aku dan dikongsikan bersama kengkawan. yang baik jadikan tauladan yang buruk tu korang buang jauh2..sebab aku banyak buruk dari baiknya.

Tak banyak berlaku lately just ulang alik KL -KK - Tawau hingga tak berkesudahan. Kengkadang aku rasa diri aku helpless and useless giler bila mengenangkan seperti aku mementingkan kerjaya daripada menguruskan keperluan suami dan anak. Tak sempurna dan banyak lagi yang perlu aku baiki. Kesibukan aku membuatkan aku jadi mommy yang kurang functionnya bila terpaksa membiarkan mak dan adik2 ipar aku menjaga dan menguruskan keperluan Fizry. Kerja aku senang ajer, tiap kali Fizry kol mintak duit..aku terus transfer, no question asked; nak buat apa ngan duit? nak beli apa?

Hal sekolah Fizry? Lagilah....Last aku balik, masa aku uruskan pertukaran sekolah, that was masa bukak sekolah in January. Nearly 2 months dah aku tak jumpa Fizry. Rindu nak check homework Fizry. Rindu nak gelak tawa macam dulu2. Fizry semakin membesar, anak jantan plak tu. Aku takut nanti dia makin jauh bila dia semakin mengenali dunia sekeliling. Fizry memang rapat dengan aku tapi boys will always be boys. Takkan semua akan dikongsi dengan mommynyakan.

Mak pun dah kol bertanya whether aku balik tak cuti CNY ni. Unfortunately, mmg aku tak boleh balik. Kerja, kerja and more kerja. Moreover, tak dapat cuti. Gaji besar manapun, duit berkepuk-kepuk dalam bank pon tak memberikan aku ketenangan dalam kehidupan. Yes, I'm a happy go lucky person, jarang menunjukkan kesedihan or permasalahan dalam kehidupan, tapi apa yang tersirat dan tersurat tuhan jek yang tahu betapa payahnya aku melalui hidup aku sehari-hari. Aku tak malu mengaku, i'm a very tough lady...aku bersyukur kepada tuhan sebab memberikan kekuatan pada aku untuk setiap dugaan dalam hidup yang membolehkan aku terus menjalaninya sebaik mungkin (eventough not perfect).

Aku sayang anak aku. Aku sayang hb aku. Aku sayang mak aku. Aku sayang keluarga aku. Dan aku sayang kengkawan aku, tapi aku sering merasakan I've not given them enough of me. Aku akan cuba yang termampu untuk terus membahagiakan mereka; Fizry, suami, mak, keluarga dan kengkawan walaupunn kadangkala pengorbanan dan kasih sayang yang aku berikan tidak dihargai dan disalaherti.

Wassalam.

No comments:

 

Designed By Blogs Gone Wild!